2011/04/09

PENGENALAN

Friendy Enterprise merupakan sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang telah ditubuhkan pada 26 Ogos 1997 di alamat berdaftar Lot 139, Jalan Nanas, No.28, Kee Yang Theatre, 94800 Simunjan Sarawak.  Friendy Enterprise dimiliki oleh Pengurus iaitu Puan Kamis Binti Mut yang telah berpengalaman dan berkecimpung dalam pelbagai bidang perniagaan.

Bagi mengukuhkan lagi posisi Friendy Enterprise di dalam industri ini,  maka syarikat telah berdaftar Kontraktor Bumiputera dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PPK-F),  Perbendaharaan Malaysia Sarawak (FFO),  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB bagi G1) dan Unit Pendaftaran Kontraktor Negeri Sarawak (UPK-Kerja bagi Kategori F) sehingga sekarang dalam bidang-bidang yang berkaitan.

Dalam pada itu, syarikat Friendy Enterprise telah berjaya mendapat kontrak bagi membuat, membina bangunan bagi Jabatan Persekutuan dan Badan-badan Berkanun di Sarawak sehingga ke hari ini.  Ia bukan sahaja bertujuan untuk menyempurnakan kerja-kerja tersebut malah lebih mementingkan mengendali projek secara profesional dan berdaya usaha untuk membuat projek yang berkualiti tinggi.

No comments: